mohon klik video di bawah
Bermula dengan demam yang berpanjangan dan suhu yang tinggi serta hilang selera makan,. Ia berlaku kerana tonsil telah membengkak menyebabkan kesukaran nak menelan walaupun air.
- Saiz sebenar tonsil adalah lebih besar dari apa yang kita dapat lihat. Ini adalah kerana ianya memanjang ke arah lelangit, memanjang ke arah pangkal lidah dan memanjang ke arah lengkung palatoglosal di sisi.
mesti kita tidak tahu Fungsi tonsil kan? jom kita baca..
fungsi TONSIL 🠛
- Membangunkan sistem keimunan dan antibodi badan (di peringkat awal usia).
- Melindungi saluran pernafasan dengan mengawal pintu laluan udara pernafasan.
- Membentuk sel limfosit dan plasma untuk pertahanan badan.
- Memantau dan memberi amaran kepada badan akan jangkitan bakteria yang masuk melalui udara dan makanan.
GEJALA 🠛
- Sakit tekak
- Sukar menelan
- Demam panas – 38°C hingga 40°C, seram sejuk dan menggigil
- Sakit telinga – disebabkan oleh “referred pain” (sakit yang berasal di tekak tetapi turut dirasai ditelinga kerana mempunyai saraf yang sama) atau disebabkan oleh komplikasi tonsillitis seperti jangkitan kuman di telinga tengah (Otitis media akut).
- Gejala lain – sakit kepala, lemah tubuh, sakit badan, sembelit, hilang selera makan, sakit perut (limfadenitis mesentrik)
TANDA 🠛
- Nafas berbau busuk dan lidah kering bersalut putih
- Lelangit dan anak tekak berwarna merah terang
- Tonsil – merah, bengkak dengan nanah di pembukaan kripta (“follicular tonsillitis”) atau membran/selaput putih di permukaan (“membranous tonsillitis’)
- Tonsil – membesar, bertemu di garis tengah dan menyempitkan kerongkong. Bengkak (edema) di anak tekak dan lelangit (“parenchymatous tonsillitis”).
- Kelenjar limfa di leher (“jugulodigastric lymph node”) membesar dan sakit.
- Rawatan sokongan
- Berehat
- Minum air secukupnya
- Makan secara sihat
- Melegakan kesakitan
- Meredakan demam
- Antibotik yang berfungsi
- Mencegah demam reumatik akut (berlarutan)
- Mencegah komplikasi bernanah
- Mengurangkan jangkitan kepada orang lain yang berdekatan






